Saturday, August 11, 2012

Keindahan kata jangan dilupa...


Sering kali kemaafan yang dipinta,
Seperti ia tiada makna,
Begitu mudah untuk dilafaz kata,
Begitu senang untuk mulut bicara,
Walau terpancar pada mega wajahnya,
Tiada kata yang bermakna jika sering diulang semula,
Bait kata yang sedulunya indah,
Telah hilang serinya seraya bertambah gundah,
Malah, baki keindahan kata-kata itu terus lenyap tanpa ceritera bermadah,
Menghilangkan keistimewaan kata itu,

Sebuah kata yang mudah diucapkan,
Tapi maknanya sukar untuk digambarkan,
Perbuatan ini tanpa sedar merosakkan prosa kata yang telah lama digunakan,
Tatkala retaknya prosa,
Tatkala itu hilangnya irama,
Sewaktu pincangnya bahasa,
Sewaktu itu juga punahnya keindahan bersahaja.

Jadi ingatlah,
Jangan mudah mengatakan sahaja,
Sambil dilupa maksud yang ada,
Kerna penggunaan kata bersama makna,
Amat berharga dan tinggi bahasanya,
Jangan sehingga satu mulut tertutup,
Seribu lidah berkata-kata,
Berkata-kata mengatakan yang tiada apa,
Tiada asas bahasanya,
Merosakkan keindahan prosa yang sedia ada...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...