Monday, December 19, 2011

Cinta


Tiada lagi cinta Tak perlukan cinta,
Atau kasih mesra hilang segalanya,
Kini ku pergi tanpa adanya cintamu,
Ku harungi segala tanpa hadirmu,
Tidak lagi seperti dulu,
Saat yang manis kini sepahit hempedu,
Kisah senyuman hati tiada terlakar lagi,
Kerna aku bukanlah untukmu,
Aku tidak layak untuk dirimu,

Kini bermulalah saat berjauhan,
Hati yang dulunya sama tidak lagi bersua,
Hanya jasad yg berjumpa tanpa apa perasaan,
Bertegur sapa tidak seceria dulu,
Senyuman dibibir seperti palsu belaka,
Seperti terpaksa untuk memujuk hati yang gundah,
Seperti menjaga luka hati yang lama,

Aku sedar bahawa semua ini berpunca dariku,
Tapi ku tak sangka akan akhirnya begini,
Tatkala aku mengharap akan belas kasihmu,
Kau pergi dariku saat ku memerlukan dirimu,
Aku sedar aku siapa,
Aku bukanlah orang itu yang mampu membimbingmu,
Aku bukanlah orang itu yang kau sayang selalu,
Aku bukanlah orang itu yang gembirakan dirimu,

Ku berserah pada takdir,
Kerna takdir yang telah menemukan kita,
Dan takdir jua yang memisahkan kita,
Kata-kata "Kalau jodoh tak kemana"
sering bermain dibibirmu,
Menjadi kata penguat memujuk hatiku,
Walau aku kau panggil sayang,
Walau aku kau kata rindu,
Namun hatimu bukan lagi padaku,
Aku bukanlah untukmu,
Carilah kamu pengganti yang lebih baik dariku......

Thursday, October 6, 2011

Sunday, September 18, 2011

FINAL EXAM!!




















its start today!!

Saturday, September 17, 2011

Cinta Kasih










Intisari kehidupan hari-hari dilimpahi citra kasih
Ruang sanubari dicambah dengan benih hamparan lara
Hati yang kian rawan termenung pada kemungkinan
Senandung kehidupan terkandas di pulau harapan
Hembusan bisikan hati dilakar wadah berlagu pilu
Sedang aku dan mimpi bercanda riang
Titisan mentari kasih terus berdiri kaku
Sejurus jelingan ditentang hambar
dirimu melayang entah kemana
Namun…
deras hati bertindak tatkala kau dan aku bersua
Bibir lesu mengatur kata
Lidah kaku tiada bicara…

Cereka ini tak akan sempurna
Tanpa lelaki dalam prosa
Tanpa wanita sebagai irama
Bibit ini tidak akan bermula
Tanpa siulan senyuman gembira
Tanpa kenyitan keikhlasan mata hati
Cinta bukannya senang untuk dirasai
Kasih pula sukar untuk dikecapi
Aku terpaksa ke kiri untuk mencari
Aku harus ke kanan untuk meniti
Walau sukar tapi perlu ku mengerti
Cinta perlukan kasih untuk bersemi.

Kasih Tak Bermakna Sayang










Intisari kehidupan hari-hari dilimpahi citra kasih

Ruang sanubari dicambah dengan benih hamparan lara

Hati yang kian rawan termenung pada kemungkinan

Senandung kehidupan terkandas di pulau harapan

Hembusan bisikan hati dilakar wadah berlagu pilu

Sedang aku dan mimpi bercanda riang

Titisan mentari kasih terus berdiri kaku

Sejurus jelingan ditentang hambar

dirimu melayang entah kemana

Namun…

deras hati bertindak tatkala kau dan aku bersua

Bibir lesu mengatur kata

Lidah kaku tiada bicara…

Cereka ini tak akan sempurna

Tanpa lelaki dalam prosa

Tanpa perempuan sebagai irama

Bibit ini tidak akan bermula

Tanpa siulan senyuman gembira

Tanpa kenyitan keikhlasan mata hati

Cinta bukannya senang untuk dirasai

Kasih pula sukar untuk dikecapi

Aku terpaksa Ke kiri untuk mencari

Aku harus Ke kanan untuk meniti

Sukar untuk ku mengerti

Kerna terpaksa mengharungi kepahitan ini....

Wednesday, September 14, 2011

Aku Tetap Aku















Sememangnya aku sebegini.
Aku tetap aku,
Caraku memang begitu,
Sebegitu juga hidupku,
Kebiasaan cuba mengatasi suara sumbang,
Pendirian tetap menjadi tuntas belakang,
Dalam mendidik diriku sendiri,
Perubahan dilakukan demi sendiri,
Menyedapkan mata si pemandang hari-hari,
Teruskan ingin menyendiri,
Sakit sendiri biar menyepi,
Tanpa ada yang rasa peduli,
Tanpa sedari menyendiri yang pasti,
Mencari-cari dimana dia si konklusi.


Pilihan berpaut pada tanganku,
Kenangan terindah masih distu,
Biar ku simpan satu per satu,
Kekal terpahat biar tiada yang tahu,
Pincangnya hari-hari berlalu,
Dengan kesakitan datang bertalu,
Lupakan semua apa yang berlaku,
Kesakitanku hanya aku yang tahu,
Kesedihan melanda pedih dan pilu,
Derita menyelubungi hati yang satu.

Monday, September 12, 2011

Jiwa dan perasaan









Perasaan bukan untuk dipermainkan,

Jiwa bukan untuk dibiarkan,

Rasa terpendam jangan sahaja dibiarkan

Pujuklah dia, belailah dia,

Bukan apa yang dipinta,

Hanya perhatian semata-mata,

Kasihlah dia, sayanglah dia

Berikan dia sepenuh ihsan.


Jika jiwa dikecewakan,

Apa yang patut dilakukan,

Tatkalai termanggu bersendirian,

Kembali sedih bertemu kesayuan,

Kesedihan kian berpanjangan,

Kemurungan datang menyapa bersahaja,

Terpadam memori indah pada kegembiraan.


Perasaan berbelah bahagi memuncul diri,

Ingin melangkah jauh dari perjalanan yang ada ini,

Hati yang tertaut terasa longlai ,

Kian terlepas pada pautan kukuh,

Tatkala badai melanda pantai,

Terasa jauh pada kemungkinan,

Kerna seperti sering dilupakan...

Friday, September 2, 2011

Doa Ibu Bapa

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka
limpahkan padaku, peliharalah mereka
sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya
Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at
untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Sunday, August 28, 2011

Aidilfitri....


Sedarku akan hadirmu,
Hari yang ditunggu-tunggu,
Saban waktu mengharapkan kedatangan kasihmu,
Membelai akan girangnya kegembiraanku.

Namun, dalam waktu kita bersuka ria,
Masih ada yang sedang berduka,
Jangan dilupa pada mereka,
Yang juga ingin mengenali erti ceria.

Tatkala Ramadhan melangkah pergi,
Syawal pula memunculkan diri,
Raikan kemenangan dalam diri yang hakiki,
Setelah geringnya menahan diri,

Selamat hari raya Aidilfitri.... ^_^

Tuesday, August 23, 2011

aidilfitri sayangku....












Sayangku,

Tatkala bayu menghembus lembut,

Ibarat menyuarakan luahan cintaku,

Di saat mentari memancarkan sinarnya,

Mengingatkan aku pada sinaran matamu,

Pada detik itu tiada yang ku harapkan,

Selain kehadiranmu disisi.


Sayangku,

Ku ingin kau tahu,

Telah kusemaikan benih-benih cinta bersama denyut nadiku,

Ku sirami kasih sayangmu dengan air mata kerinduan yang berpanjangan,

Ku baja kemesraan dengan kesetiaan yang tiada berbelah bahagi,

Dengan satu harapan yang jitu,

Moga dirimu akan mendaji milikku untuk selama-lamanya.

Sayangku,

Berikanlah aku kekuatan,

Hulurkan padaku secebis semangat,

Agar mampu kubendung kerinduan yang sarat ini,

Sesungguhnya cinta sucimu adalah kekuatan diriku,

Menjadi pendorong untukku menikmati kehidupan melewati hari-hari mendatang


Sempena kedatangan aidilfitri yang mulia,

Kupanjatkan doa memohon ke hadrat Ilahi,

Semoga dirimu sentiasa setia pada cinta kita

Untuk selama-lamanya…


Monday, August 22, 2011

Human behavior Test!!



















Human Behavior test...
masing2 sume behave elok je...bace bku...
Psychology laa...memory laaa...learning laa...
mcm2...smpi mate pun asek nak masuk REM (Rapid Eye Movement) jee....
pape pun...wish me luck yaww!!

Sunday, August 21, 2011

VIVA














viva?? bukan kereta viva tu...
ejaan viva, tapi sebutan vaiva...
ni test gym, kite kene act as a gym instructor,
kene taw sume machine yg ade kt dlm gym tu, ape function die, muscle ape sume...
alhamdulillah seharian kat dlm gym weekend aritu berbaloi....
mmg puas la kan duk dlm tu...dah la da lame tak workout,
sekali bg peluang...hah amek kau! bapok best!! nseb bek la DOMS (Delay Onset Muscle Soreness)
ape2 pun mmg best la kan weekend kat shah alam, pg smpi ptg kelas kt gym, pstu g buke puasa, lps buka tros g pusing2 shah alam...


Wednesday, August 17, 2011

5 perkara yang lelaki suka daripada wanita









Sekiranya seseorang wanita suka mendengar pujian, suka diberitahu bahawa diri mereka disayangi atau sebagainya, bagaimana pula dengan lelaki? Apakah perkara yang lelaki suka dengan daripada mulut seorang wanita?
(1) Lelaki kebiasaannya akan berasa lebih tertekan di tempat kerja. Mungkin dalam sesetengah situasi yang melibatkan pekerjaan, mereka berasa amat kecewa terhadap hasil daripada tugasan yang telah mereka laksanakan. Jadi siapakah orang yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan kerja dengan baik? Tidak lain dan tidak bukan adalah seorang wanita.
(2) Didalam kehidupan seharian, seorang lelaki akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri mereka, keluarga, rakan dan sebagainya. Mungkin sesuatu perkara yang mereka lakukan akan berhasil dan mungkin juga tidak. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu tetapi tidak berhasil, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan perkara bijak dengan menagambil keputusan melakukannya berbanding berdiam diri? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.
(3) Lelaki pada masa kini amat menitikberatkan mengenai soal penampilan diri. Mereka berusaha untuk kelihatan segak di khalayak ramai. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka kelihatan kacak? tidak lain tidak bukan adalah wanita.
(4) Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa mereka hanya untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang memerlukan. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang berani? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.
(5) Sesuatu tugasan yang berat sering dikaitkan dengan lelaki. Ini adalah kerana tenaga seorang lelaki adalah lebih kuat berbanding daripada wanita, Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang gagah atau kuat? tidak lain tidak bukan adalah wanita.

Tuesday, August 16, 2011

Bangkit Menentang Kaku








Apa yang tegak berdiri hari ini

Tidak semesti terus teguh esok hari

Apa yang ditunggu hari ini

Takkan sama dengan yang apa dinanti

Namun…

Saban hari si pradigma membenih janji

Tapi hanya tahu untuk memungkiri

Bahkan helah kian meninggi diri

Lalu Sistem pula perlu dituruti


Walaupun begini…

Kita sendiri perlu mencari…

Mencari satu adaptasi

Untuk si gergasi yang rakus ini

Kerna…

Peristiwa hari-hari telah dikaburi

Dengan jeriji si diktator penukul besi

Kini harga diri mudah dibeli

Apatah lagi bisikan hati memakan diri

Jalan pergi diselaputi batu hati

Saban hari pemikiran semakin mati

Jiwa pula kosong… sukar untuk mengerti

Hati diratah tidak terperi

Pergi mati peraturan hari-hari!!

Pergi kau si parasit tuli!!

Jangan kau berani berdiri

Mengubah pelbagai situasi

Akhirnya tuntaskan diskriminasi…


Ini bukan fatamorgana untuk membela diri

Bahkan langkah menghapus hakir disisi

Menggalas serumpun reputasi

Menjaga kerapuhan hati

Merempuh rintangan yang bererti

Menjiwai peranan isi hati

Mengikuti janji dan saranan perjalanan ini

Mencari keterangan di saat ku berhenti…

Aku tak bisa menjadi boneka hiba setiap hari

Diarahkan kesana-sini sesuka hati

Cukup dengan apa yang terjadi

Aku tak kuasa lagi untuk turuti saja helah ini…

Tiada yang sempurna...tapi kita yang sempurnakan...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIToleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ..
.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukanKESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYAdengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

Friday, August 12, 2011

Kesayuan dihati




















Kesayuan bukannya harapan,
Juga bukan keinginan setiap insan,
Tetapi ia datang tiap kali kita keseorangan,
Pada waktu kita memerlukan teman,
Tatkala terlukanya pabila bersendirian,
Tiada penghibur penceria harian,
Hanya kesabaran menjadi pengakhiran.

Hari-hari di lalui dengan sepi,
Hanya bertemankan mimpi ngeri,
Terbayang waktu terus bersendiri,
Terus menyepi sedih menyelubungi,
Mengharapkan akan hadirnya pengubat kesayuan hati,
Melakar senyuman kekal abadi,
Kekal terpahat ke dasar sanubari....


Wednesday, August 10, 2011

Cinta...

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Ingat...Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya....

"128√e980"


Tuesday, August 9, 2011

Berubah...















Perubahan...Kelainan...
Adakah benar ia terjadi pada diriku?
Aku tiada merasa apa,
Tapi kata dia, aku sudah bukan yang sedia kala,
Kebingungan terhampar depanku,
Memikirkan kebenaran terjadinya situasi itu,
Apakah benar itu berlaku.
Aku tetap aku sayangku,
Jangan kau risau pada diriku,

Monday, August 8, 2011

presentation

alhamdulillah selesai satu presentation....
lecturer amat berpuashati ngan presentation tu...
dan sy juga berpuas hati, walaupun ade slack skit, tp sy masih bley sabar..
tataw knp...rahmat Allah agaknya...alhamdulillah....
kalo dlu kompem dah marah2....
esok ade presentation lg... :)
hope dpt present dgn baik lg... ^_^

Sunday, August 7, 2011

Oh! Duit...

haih....mane la nak cucuk duit ni...
bank islam dr mgu lps out of service....
mgu lps blek tp lupa nak draw kat umah...
yela dok ingt bank tu dah ok....
ni seb bek la ade bwk mknan dr umah...
ade mende nak mkn tuk buka puasa ni...
esok kene g bdr tgk bank kat bdr dah ok lom..
kalo tak esok nak buka ape wooo....

Friday, August 5, 2011

Dirimu bererti bagiku

Disaat aku memerlukan,
Tiada yang menemani,
Disaat aku gelisah di dasar hati,
Ku tercari-cari dimana dia si penenang hati,
Tiada dirimu disisiku,
tiadanya kamu untuk memujukku,
Aku disini hanya menunggu,
Masih dan terus menunggu,
Menahan sedu limpahnya butir pertama mata hatiku,
Dikau sayangku yang memahami aku,
Menegerti tiap geriku,
Menegur aku pada detik kesalahanku,
Melakar senyuman diwajahku,
Tatkala teguran mu bisa menggembirakan diriku,
Walaupun tiada kata yang secantik bahasa,
Tapi aku masih dapat merasa kegembiraannya,
Kerna ku tahu keikhlasan hatimu dinda.....

Thursday, August 4, 2011

Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyehatkan Jantung Wanita

Bismillahirrahmanirrahim…..

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Wednesday, August 3, 2011

Kesabaran amat diperlukan

pg2 bgn smangat nak wat rutin mingguan....
ape lagi basuh baju laaa...
bgn siap2 masuk baju dlm baldi bwk trun bwh....
masuk rm2 dlm machine masuk baju tgu la air penuh....
dah tgu 5 minit....air dah penuh....skali machine tak jalan...
bunyi je lebih....
naik bilik amik lg rm2, g kat machine laen lak...
wat mende yg same, tgu2...skali same gak tak jalan....
haih.....tapi org kate tak bek mengeluh an...
so sabar jela ngan ape dah terjadi ni...
anggap ni sume dugaan dr Allah di bulan puasa ni... :)


Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Ramadhan day 1

bangun jam 5
panaskan air
wat air holcik
sahur
tidur balik
bangun subuh
tidur balik
bangun jam 9
siap2, g kelas
dan skarang tibe2 je sakit perut... :(

petang kang ade bazar ramadhan...nak beli ape eak utk juadah buka puasa??
hmmm....idea2....

Saturday, July 30, 2011

Puasa...

esok puasa td aku g mkn KFC fullstop...tu je.... :)

Friday, July 29, 2011

Doa Panjang Jodoh

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah…
Penggerak gerakan Islamiyah…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menagkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku…
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu…
Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…

Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen

asek lapaaaa je rase...

smenjak dua-tiga hari ni aku asek rasa lapa je...
tataw la knp...metabolism meningkat sbb mgu dpn nak pose dah ke??
hmmm....pelik2....bile x mkn lak, sakit perut, memulas2....haih...
sakit bebeno....senak pangkal rahim rasenye...hehehe...aku mane la ade rahim...
nak ade pangkalnya lg lah... :)
tp yg penting, skang ni pun aku ngah lapa...tp takde mende nak mkn....
nak g dining, sume berat2 je...nasi grg lah, mee grg laa....da la mahal, tak bape nak sedap lak tu...
kalo nak citer pasal nutrition lg lah...berladung minyaknyee...hmmm...
nak beli kudap2, koop lak tutup, yg koop ni pun satu...suka hati die je nak bukak tutup...
hmmm...lapa-lapa....ape nak wat ni.....

Tanda-Tanda Lelaki Sayangkan Kekasihnya

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukankarena terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..

3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya.
9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanyalebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan pentingdengannya.
17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dansanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23.. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita.

http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2009/02/gadis-gadis-ingin-tahu-tanda-tanda.html


Apabila sayang....

Apabila diri ku mengalirkan air mata, bukan bermakna diri ini lemah.
Tetapi diri ku sedang mencari kekuatan untuk terus mencintaimu.

Apabila diriku banyak bercakap, bukan bermakna untuk membuat dirimu rimas.
Tetapi diri ini mahu dikenali dengan lebih rapat lagi.

Apabila aku berkata mahu dirimu untuk berubah, bukan bermakna diri ini tidak menerima dirimu seadanya. Tetapi diriku mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan sekadar untuk diriku sahaja, tapi untuk masa depan dirimu juga.

Apabila diri ini cemburu dan terdetik rasa tidak percayakan mu, bukan bermakna aku tidak sayangkan mu. Tetapi sebenarnya aku terlalu sayangkan dirmu, dan mahukan perhatian darimu.

Apabila aku terlalu risaukan dirimu dan sering bertanyakan keadaanmu, bukan bermakna aku mahu mengongkong dirimu. Tetapi sebenarnya aku kamu cerita itu dikongsi bersamaku,tidak sampai hati untuk melihat dirimu berduka kesorangan.


Thursday, July 28, 2011

Janjiku...

berulakan kali ku melafazkan kata itu,
mencuba memujuk dirimu menjernihkan pertelingkahan,
namun aku sering mengulangi kesilapan yang sama,
maafkan kesilapan itu,
hari ini aku berjanji kepada mu,
tidak lagi melukakan hatimu,
kerna kaulah sayangku,
tiada pengganti dirimu hanya dikau yang satu,
akan ku abadikan cinta kita selamanya,
janjiku padamu kekasihku,

diriku sesal dengan perbuatan itu,
tak akan berulang lagi ku janji pada mu,
terimalah janji ku ini sayangku,
aku sanggup menempuh pelbagai angkara,
agar terbukti janjiku padamu,
berikanlah aku peluang sekali lagi,
itu yang ku pinta darimu,
maafkan khilaf ku yang dulu,
akan ku pastikan ia tidak lagi berlaku,
itulah janjiku padamu...

128√e980



Tuesday, July 26, 2011

Sabarku....

Hari-hariku bersamamu,
Sering diuji dengan kerenahmu,
Namun diriku tetap sabar,
Kerna ku tahu aku menyayangimu,
Hatiku berduka tatkala melihat muramnya wajahmu,
Ku bertanya apa erti itu,
Tapi hanya tiada apa-apa jawapan darimu,
Aku teruskan bertanya atas kerisauanku,
Kerna ku tak sanggup melihat dirimu sebegitu,
Namun kadang itu jawapanmu mengguris perasaanku,
Ku berdiam diri lantas kesabaran kulakar di dadaku,
Agar aku tidak membuat tindakan melulu,
Takut ia akan melukakan hatimu,
Kerna dikau sayangku,
Kau ku cinta hingga ke pelusuk jiwaku,
Tak sanggup untuk kehilanganmu,
Kerna itu aku sering bertanyakan khabarmu,
Senyumanmu pengubat duka jiwaku.....

"128√e980"


Thursday, July 21, 2011

cerita kita

setiap bait kisah kita,
begitu indah terasa,
makin hari kasih bersua,
hati berpaut saling bersama,
walau dimana kita berdua,
seiring bersama sering gembira,
tatkala bibir melakar ungkapan cinta,
jelas terasa hingga ke dasar hati kita,
kembang mekar kekal sentiasa,
hingga kini punyai impian yang serupa,
masih disisi waktu dalam suka,
terus disisi tika duka melanda,
jangan dihirau kata mereka,
kasihmu tetap terpahat sedalam-dalamnya...

"128√e980"


Monday, July 18, 2011

ku mengerti salahku....

sering ku terlupa dalam terjaga,
sering ku lukakan hatimu dinda,
selalu saja terlepas dari erti kata,
yang dulu dipetik dari bibir bersahaja.

sering ku berjanji dalam sendiri,
sering ku terlupa akan pasti,
selalu saja membuat dirimu termakan hati,
tanpa sedar aku mengulangi.

tegurlah daku ubah kerenahku,
jangan dibiar hanyut sebegitu,
aku sedar akan kesalahanku,
aku kan pastikan ia tidak lagi berlaku,

ungkapan cinta bukan lagi mainan bibir,
tetapi telah tersirat di sebalik tabir,
kekal terpahat dalamnya hadir,
terus disitu hingga waktu berakhir......

"128√e980"


Friday, July 15, 2011

untuk kesekian kalinya

untuk kesekian kalinya,
aku melukakan hatimu,
janji ku padamu untuk tidak mengulanginya,
telah ku langgar tanpa sedar,
walaupun tiada guna untuk kemaafan dipinta,
aku terus mengharap jua,
aku akui kesilapanku,
aku mengerti kesalahanku,

tidak sanggup ku akhiri ceritera ini dengan perpisahan,
tiada daya untuk ku kehilangan mu,
berat bagiku unuk ketiadaan dirimu disisiku,
jangan kau tinggalkan aku dalam kekhilafanku,
malah peluang terakhir yang ku harapkan darimu,




Tuesday, July 12, 2011

La Tahzan wahai kasihku

jangan kau bersedih,
jangan kau berpaling,
dengan riak wajahmu,
ku mengerti intisari darimu.

tak ku duga perjalanan sampai hari ini,
masih lurus terus menerus,
walau pelbagai badai melanda,
kita tetap bersama menggenggam kasih yang sama.

ku tahu isi hatimu,
ku tahu akan kerisauanmu terhadapku,
ku amat hargai keringat mu itu,
tak kusanggup utk menghilang dari sisi mu.

ada kala aku melukai hatimu,
ada waktu ku terbelengu,
maafkanku kasihku,
kau tetap cinta yang satu.
La Tahzan wahai kasihku.....

Tuesday, July 5, 2011

Keindahan Sayang Kecantikan Kasih

Teruna dara mencari cinta

Mencipta sutradara terbuku di pelusuk dada

Tika bersua terus berirama

Saat berirama tercipta kasih diantara kita

Bila cinta mula berputik

Titian pertemuan terus terbentang

Sukar untuk ku labuhkan malam hari

Kerna suara beralun-alun di hujung telinga

Kini ku rasa umpama dirimu dekat dihati

Hampir disisi sentiasa mengerti

Hadirmu bagai lantera

Menerangi kasih hingga dinihari

Terbit pula keindahan di jiwa

Perasaan dilontar hingga terselit di dada

Sukar untuk diluahkan keluar

Jelas terkubur sepi terasa

Menanti saat tiba masa bersama

Saturday, July 2, 2011

Jika itu salahku, maafkanlah diriku....

jikalau perbuatan itu tadi telah melukakan hatimu,
maafkan diriku,
kerna tidak terdetik niatku utk berbuat sebegitu,
sering kali ku guriskan dinding hatimu,
namun sedalam itu aku mencintaimu,

riak wajahmu sering menceriakan hariku,
senyum tawamu menggembirakanku,
gusar hatiku bila senyuman semanis gula bertukar semasam cuka,
kemaafan ku pinta kepadamu... :(

Thursday, June 30, 2011

biaq pi kat depa.....

biaq pi la depa nak kata pa, kita wat tataw ya...
pi mampuih ngan depa...
yang penting kita happy... ;)
biasaq la manusia,tak bulih tgk oghang senang kan...
ada ya nak mendengki....

tapi apa yang penting kita da happy blek cam dlu... :)
inilah yg cek nak,
kita takyah lah dok pening pk pasal depa,
sdgkan depa dok betepuk tgn happy tgk kita camtu...
bila kita wat tataw lama2 depa diam gak :D
kita gak yg happy.... :)

Thursday, June 16, 2011

Angkara Jiwa Sengketa

Disaat waktu berhenti

Dikala itu mentari menyepi diri

Hujan yang berlabuh sepi

Umpama mengerti pelbagai situasi

Tumpuan teralih apabila suasana berbeza

Dakapan yang dianggap biasa

Tidak lagi terasa

Kesanggupan menyelinap tatapan kalbu

Tidak tercakar ilham di depan mata

Degupan terarah deras ke jiwa yang lara

Saat tercetus wahana sengketa

Luka lama menampilkan rupa


Baru terlintas bahang tiupan bersahaja

Keutuhan hilang entah kemana

Di puncak kebodohan diri

Jiwa pemuda mulai longlai

Tidak tercapai impian untuk dikecapi

Tiada pula timbul harapan penyeri hati

Segala yang ada seperti kepahitan manisan

Tercetus sengketa angkara seksanya jiwa

Friday, June 10, 2011

Kata dia....

kata dia, die rasa marah bile dengar suara aku...
kata dia, die mcm marah dgn aku...
kata dia, die rase xde mood nak msg ngan aku...
tapi....bile tak msg tak kol die kate rase rindu sgt2 plak...

kata dia, die x phm knp jd camni...
kata dia, maybe sbb lame tak jumpe kot...
hmmm....itu semua kata dia....

tapi...kata aku??
kata aku, aku rindu sgt kat die...
kata aku, aku syg sgt kat die....
kata aku, maybe aku ade buat die tersinggung...
naybe aku ade buat dia terasa....
serba salah ku merasa...
aku mintak maaf....tp takde pun die ckp die maafkan aku....
hmmm....die kata mende da lepas pun,mls nk pk....

tapi....berlakunya ini semua...
dgn cerita yg diberitahu...
aku mula berfikiran sebaliknya...
tapi.....itu tidak mungkin berlaku...
kerna aku percaya pd dia....
kerna aku sygkan die....
kerna aku cintakan die....

Friday, May 27, 2011

masenye telah tiba...

pejam celik pejam celik da sampai mase nak blek jengka blek....hmmmm....
tataw la knp perasaan nie camni...rase berat je nak blek jengka...
tp...hati nie berkobar2 nak study....
mcm ade something je... :(

dah la blek nnt jd sunyi...dpt sbulan je dok ngan family blek...ni dah nak blek blek... :(
si dia pulak masuk lambat...lg 2 minggu baru die masuk....
si dia ade game kat UPM...dia masuk sukma...wakil johor main softball....
nak g tgk game dia...tp tataw la dpt ke tak...takut ade hal kat uitm nnt... hmmm....
si dia kate die teringin nak tgk aku tgk die main...tgk aku dok kat tepi support dia...
tp nak wat camne....tataw la free ke tak mase tu.....

tp...nak taknak mmg kena blek gak jengka...hmmmm.....
aku sedapkan ati nak jumpe ngan membe2 blek jela...
tu pon tataw la dpt legakan hati ke tak.... :/

Tuesday, May 24, 2011

alhamdulillah...penantian berakhir....

huhu.....akhirnye kuar gak result.....mmg takley tido mlm la smalam...nak bg ngantuk punya pasal... aku tgk movie...citer sucker punch....agak slow citer tu, tu yg ley wat ngantuk tu....
kejap tgk kejap lelap kejap tgk...lame2 terlelap....

terjaga pukul 5 pg...tros bukak laptop(sleeping mode je) bukak student portal....
ape lg....key in la ape yg patut....skali hah kaw!!
tokojut den...
baper pointer aku???hmm....ckupla sekadar mampu menggembirakan aku.... :)

Thank You Allah!!!

Result oh Result...


haih...."ape bley wat ready tak ready kuar gak result tu" ni lah rata2 jawapan yg membe2 bg tiap kali tanye dorang pasal result esok....masing2 risau pasal result...hmmm....
rasa cuak, risau, tak sabar pun ade...hehe....ape la result yg aku dpt nie...

usaha dah, doa dah tinggal tawakal je....
harap dpt kekalkan pointer...tp tgk paper mase final lepas...hmmm....
target atas 3.5 je la jawabnye...tp...risau tak dpt je....
hancur musnah impian aku nnt nak ANC.... :(
argh!!!! cepat la kuar result oi!!
da tak sabar nie....tak dok diam dah ni...buat ape pun tak kene....

Sunday, May 22, 2011

Dean???

pergh!!! dgr citer dean list bekurang????
family betambah ramai...dean list berkurang plak....
sem lepas 21 org....sem nie 15 je???
gile lah... :(

risau lak nak tgu 25 Mei nie....hmm....
ape la result yg aku dpt....
harap2 still in the dean list....

Sunday, May 15, 2011

Perasaan hati...

aku selami perasaan ini tiap hari,
hanya dirimu yang ku jumpa,
aku mencintai dirimu sedalam hatiku,
perasaan ku hanya untukmu,
hatiku untuk cintamu,
aku amat mencintaimu.

haih...skarang nie aku dlm dilemma plak...
mane tak nye...tiba2 die bley ckp pasal kalo die takde, kalo die tinggalkan aku,
ape akan jadi kat aku...mane tak sdey ann...aku tanye die tp die tak jwb, die tanak cite...

tibe2 die tanye, ape perasaan kite kalo kite rapat dgn sorang tu, salu contact ngan die, msg ngan die...da lame tak jumpe...bile da jumpe die wat tataw je...tak lyn...
hmmm....die g game softball jumpe membe lame die ni...salu msg, contact...tp bile jumpe die wat bodo je...wat tak knl...so die bengang laaa...
n pasal aku nie...ade la membe die sorang nie borak2 ngan die...pastu ajak jln2 bedua...
tp die tolak....
die kate, die mcm bertindak kejam kat aku...
aku sayang die sgt2 tp die...die kate perasaan die berbelah bahagi...hmmm....

aku tanak kehilangan die....aku syg sgt2 kat die.... :(
Ya Allah...tabahkanlah hati hambamu ini....
kuatkan diriku untuk mengharungi dugaanmu ini....

Saturday, May 14, 2011

Kawan???

hmmm....kawan time kite sng bkn main sng nak cr an...kawan bile susah?? haih mane la pegi aku pon tataw....time dorang yg susah terhegeh2 la cr aku...mintak tlg tu mintak tlg nie...
kesian punya pasal, tlg jela...walaupun aku ade gak keje nak wat an...

tp skang nie???hmmm....ajak teman je pun...tp sape sorang pun takde...bz la ape laa...
takpelaaa...aku tak kesah pun....mls la nak pk....
izzuddin!! bile ko nak blek...hmmm....
lame nye nak tgu ko blek....:(
good luck taw for exam ko tu...lg 2 paper an???

Friday, May 6, 2011

Penantian bermula...

dok umah tataw nak watpe...rest jelaa...
nnt nak masuk study blek....
tp...sblom tu kne tgu result kuar....
haih....seram pon ade...tak sabar pon ade...

ape la yg aku dpt result kali ni....
hmm....
penantian bermula sekarang.....

-------->25 MEI 2011<--------

25 MEI 2011

fuhhhhh....tarikh keramat tu....
tarikh kuarnye result final exam lepas...
takut sehh...tak bape yakin nak dpt dekan sem ni....
dgn ape yg dah aku lalui mase final exam dlu....
bapok susah....

Ya Allah kau berikanlah keyakinan kpd ku...
permudahkanlah aku untuk memperoleh dekan untuk sem ni...
walaupun pointer aku menurun, tp memadai kalo dpt dekan....

Thursday, May 5, 2011

tidak seperti biasa

hmmm....knp nie??
knp rase camni??
aku tak phm laaa...
kenapa begini...
resah gelisah tak keruan...
tiada tenteram dr smalam...
hmmm....
Ya Allah kau kuatkan lah hamba mu ini untuk menempuhi dugaanmu....

Wednesday, May 4, 2011

semua salahku...

haih....
kini ku mengerti semua ini,
semua ini datang dariku,
akulah penyebabnya,
berlaku ini semua,
tapi,
kini ku mula sesali semua ini,
kemaafan ku pinta darimu,
maafkan ku sayangku,
maafkan ku kasihku,
aku tak sanggup...
tak sanggup untuk kenali perpisahan,
aku amat menyayangimu,
ku harapkan kau akan memaafkanku,
ku harapkan kau akan menjagaku,
ku harapkan kau akan menegurku,
jgn biarkan ini berlaku lg....


Wednesday, April 27, 2011

SPS133

tertanye2 ape tu SPS133?? subject outdoor laaa....
ptg nie kene jumpe die....perah otak jawab ape yg ade dlm ketas tu...
tp tula...kite tak taw ape yg die tanye nnt..
xnak jd cam sport safety aritu... :( hmmm....
dah la tanak ckp psl sport safety dah...

Let the By Gone Be By Gone.....

Tidak akan terbang Jentayu yang Patah sayapnya..... #^_^#

Sunday, April 24, 2011

tak payah nak menggelabah sangatlah...

haih....perangai cam ape je...menggelabah tak tentu pasal...
perangai cam budak kecik...kau tu dah universiti braderr....
pikir care budak U la weh!!
pikiran kolot gile....kalo camnie la prangai kau, sampai bile2 pon tak maju weh!!

Saturday, April 16, 2011

Durian Oh Durian....

akhirnya....
dpt gak aku mkn durian.... hehehehe ^_^
malam smalam g dinner kat Mum's Place...pastu balek tu tros g mkn durian....
pg td lak bli durian kat pasar lak...breakfast durian...hehe...
mlm nie durian lg... huhu...puas dpt mkn durian.... :)

Wednesday, April 13, 2011

Final Destination

Attendance - check!
Assignment - check!
Test - 2 more
Carry Mark - still waiting

Final Exam??? huhu.... :/
study, study.. study.......pergh....study 4 hari je beb...tu bkn study week namenye...
patut panggil study days!....pastu final exam 10 hari je...best kan....
pastu cuti yg tak mcm cuti sem 2...kejap je cuti nye....mcm cuti sekolah je....
aku tanak hampa kan harapan family aku....aku nak banggakan dorang...
so kene usaha lebih nie....kekalkan prestasi sem lepas.... Dekan!!! :D

Thursday, March 31, 2011

Due Date...

haih....sume assignment due date dekat2... tp seb bek aku dah yapkan skit, da lame start... alhamdulillah...tp kesian kat membe2 la...dorang tekeja2 nak wat assignment... tp yg pling best bile kene group assignment...masing2 prangai cam h***m... soh wat keje kate oke...tp sebok fb je keje...haih...keje tak jln...aku nie fb gak..tp...keje jalan je... seb bek aku ade membe sorang nie Afiq name die....papehal aku wat keje ngan die je... isnin nnt ade presentation tataw la ape jd kat dua orang lg tu...kalo tak bg commitment mmg takley jd da la....mmg nak kene wat sumthing la kan...... A. Kekerasan dalam kelembutan B. Kekerasan semata2... aku dah tak thn...haih...kalo takde commitment gak...hentak jela jawabnye....

Tuesday, March 29, 2011

Sekian Lama....

setelah sekian lame tak post kat blog nie...
tibe2 teringat kat blog...tros bukak and update...
bukan pe...skang ni bz..yelah smenjak da masuk U nie...
oh ye..lupe nak bg taw, skang aku ade kat UiTM Pahang, amek diploma in sports study...
alhamdulillah skang dah part 2...
sem nie agak sakit skit...bb sem nie agak pendek, so sume mende jd padat, nie baru dpt taw final exam kejap je 10 hari...and yg pling best "cuti sem" yg tak mcm cuti sem nnt...byk mende plan nak wat...tp tataw la dpt direalisasi kan ke tak....yg pling PENTING aku rindu nak shooting, nak outing ramai2 ngan membe2 photog sume... :(
hmmm...tah bile la dpt....
takpe yg penting abehkan sem nie dlu...nak kekalkan pointer!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...