Friday, July 29, 2011

Apabila sayang....

Apabila diri ku mengalirkan air mata, bukan bermakna diri ini lemah.
Tetapi diri ku sedang mencari kekuatan untuk terus mencintaimu.

Apabila diriku banyak bercakap, bukan bermakna untuk membuat dirimu rimas.
Tetapi diri ini mahu dikenali dengan lebih rapat lagi.

Apabila aku berkata mahu dirimu untuk berubah, bukan bermakna diri ini tidak menerima dirimu seadanya. Tetapi diriku mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan sekadar untuk diriku sahaja, tapi untuk masa depan dirimu juga.

Apabila diri ini cemburu dan terdetik rasa tidak percayakan mu, bukan bermakna aku tidak sayangkan mu. Tetapi sebenarnya aku terlalu sayangkan dirmu, dan mahukan perhatian darimu.

Apabila aku terlalu risaukan dirimu dan sering bertanyakan keadaanmu, bukan bermakna aku mahu mengongkong dirimu. Tetapi sebenarnya aku kamu cerita itu dikongsi bersamaku,tidak sampai hati untuk melihat dirimu berduka kesorangan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...