Tuesday, February 26, 2013

Jawaban Kenangan untuk sebuah soalan

Kenangan lama jangan diungkap,
Biarkan ia jangan disingkap,
Walaupun masa teruskan malap,
Tiada menghadap tiada tak siap, 
Kasih tak sampai berhenti berharap.

Percaya bukan lagi pasti,
Percaya bukan lagi pada janji,
Pegang janji dibiarkan mati,
Pegang hati ditinggal hari-hari,
Walau diri masih disini,
Bukan harapan bukan yang pasti,
Walau kasih abadi sukar mengerti.

Intisari hari-hari cerita dongeng permainan minda,
Mencerna lakaran cerita biarkan sama mahu serupa,
Lenggok jalan sebuah cerita,
Tidak akan sama dengan kenangan bersama,
Samakan ia tapi tidak akan serupa,
Nampak sama tapi bukan ia,
Cerita berbeza berwajah ceria,
Melakar senyuman untuk rancakkan mesra.

Dikau bertanya soalan menanti jawaban,
Soalan harapan untuk masa berputaran,
Kembalikan silamnya kenangan,
Untuk bersama hayatinya hingga berteman,
Bukan lagi keizinan yang dicari seharian,
Cuma soalan berbalas soalan,
Kenapa ditanya sebegitu soalan,
Kalau hanya inginkan sebuah persamaan....

Friday, February 22, 2013

Dia...Asyikin...















Kecil tusuknya molek dilihat pada dasarnya,
Putih kulitnya berlindungkan hijab bersahaja,
Kecilnya mata dengan bingkai berkaca,
Senyuman manis diberikan sentiasa,
Manisnya senyuman dek lakaran bibir memikat,
Baik si hati mencerminkan landasan diri,
Baiknya dia sering bertanya khabar hari-hari,
Hati mengerti walau jauhnya kini,
Kekal hubungnya walau kadangnya seketika,
Tapi janganlah kau pergi untuk menghindar,
Kerna engkaulah yang ada dan mengerti aku,
Dimana senang riang mahupun susah berselindung.

Lamanya masa kekal bertaut,
Jarak jauhnya membahagi tempat,
Tapi takkan terpisah tetap menyapa,
Walaupun engkau hilang saat dimata,
Kadangnya datang bertanya menyapa,
Bila diuji diberi puji,
Terserlah merah dipipi, 
menghiasi senyuman menunjukkan gigi... :B
Hingga kini masih lagi comel hatinya.


Tuesday, February 12, 2013

Bunga...













Bunga...
Bunga sememangnya cantik,
Cantik dengan mekarnya setiap jambangan,
Cantiknya bunga terletak pada setiap kelopak yang berlapis,
Tersusun selaras bertindih depan berbaris.

Namun bunga...
Bunga tidak akan kekal lama,
Tidak boleh bertahan lama,
Walau secantik mana pun bunga itu,
Jika ia dipaksa layu sebelum masanya,
Kecantikan mekarnya hilang,
Hilang dirampas si peragut keindahan,
Layunya bunga kecantikannya hilang begitu sahaja.

Bunga...
Bunga sememangnya rapuh,
Dan tak boleh hidup lama,
Walau ia dilindungi dari angin atau hujan,
Walau dikelilingi pagar sekalipun,
Bunga pasti akan mati,
Akan mati tanpa adanya cahaya mentari,
Dengan adanya pagar sekalipun,
Ia tidak akan dapat bertahan menentang ribut,
Pada akhirnya bunga pasti akan layu,
Jatuh terkulai mati bersambut....

Tuesday, January 22, 2013

Hati yang sama Diri yang beza














Diriku ini masih lagi seperti dulu,
Tiada apa yang beza melainkan iman ku,
Kini lebih dekat padaNya kerna rinduku padamu,
Aku masih lagi aku,
Kuatnya aku kerna memori yang kau tinggal bersamaku,
Jangan kau risau akan sakitku,
Walau aku masih lagi seperti dulu,
Sakit dan peritku ku tanggung sepintas lalu,
Walau kau bukanlah takdirnya bersamaku.

Aku tetap aku,
Dan masih lagi seperti dulu,
Bunga hati masih kian kembang mekar,
Menghiasi taman hati walaupun hambar,
Walaupun begitu kasihku ini memang sukar,
Sukar untuk ku mengerti akan kasih yang sifar,
Tiada daya lagi bertahan namun ku biar,
Tapi peritnya luka lama yang dicakar,
Masih kian terasa buat ku gusar.

Namun jangan kau risau akan diriku,
Aku masih lagi tetap dengan diriku,
Cuma perwatakan berbeza dengan hari yang sama,
Isi hati yang sama dengan rupa berbeza,
Walau hanya dari jauh hati masih lagi mengingati,
Hanya memori pelakar senyuman di bibir dan di dasar hati.

#^_^#

Thursday, January 17, 2013

Buntunya hati jangan ditinggal mati




















Masihkah ada waktu yang dapat mengisi buntu,
Masihkah ada cara pengubat kekecewaan itu,
Walau kepuasan hati belum lagi dapat dipacu,
Hati masih sayu dibelenggu masa lalu,
Jelas masa bermain waktu,
Indahnya keindahan lama bermain disitu,
Masih ada lagi dengan irama berlagu.

Jalan yang masih panjang terus menjadi tunjang,
Pimpinan erat terus digenggam melangkau palang,
Kepuasan hati terus di isi dengan tepukan belakang,
Tiada henti diberi sokongan teruskan datang,
Semangat terus tumbuh seiring mengisi ruang,
Menjadi kata penguat dulu dan sekarang.

Pada dulunya buntunya hati berhenti,
Tidak lagi mencari intisari yang mampu mengisi,
Jangan dibiarkan mati semangat yang jati,
Lupakan luka lama yang sering berdarah kembali,
Terus kecapi konotasi kepuasan bersemi,
Agar puasnya hati dari tertinggal mati.

Thursday, November 1, 2012

Patah kan tumbuh hilang kan berganti













Patahnya hati tiada kata menggambarkan,
Sukar untuk mengerti apatah lagi membayangkan,
Apa yang ku rasakan kini hanya dapat ku diamkan,
Walau sesungguhnya nampak ceria di perwatakan,
Kini ku rasa tiada lagi warna pelangi,
Telah kelam dihiasi luka sendiri,
Kerna aku yang sering disakiti,
Tidak pernah berhenti walau seinci,
Sering kali siang ku terasa bagaikan malam hari,
Rapuhnya longlai berkecai hati,
Tak ingin lagi ku jalani cerita sebegini,
Walau manisnya janji yang kau taburi,
Tapi kau sendiri yang tegar mendustai.

Sememangnya ku tahu cinta itu indah,
Tapi cukuplah dengah datangnya pelbagai gundah,
Perit yang datang sakitnya tiada sudah,
Tak ingin lagi ku diselindung parah,
Jiwa tak tenang acap kali gelisah,
Kerna tiada yang tetap disisi sebelah,
Puas sudah ku mengenali pasrah,
Tapi luka lama yang kerap disimbah,
Bersepah belenggu dengan situasi entah.

Tulusnya hati bergalang ganti,
Walau patah kan tumbuh tapi bukan untuk diganti,
Indahnya pelangi kelam didustai,
Gelap gelita tercari-cari,
Terang malam kini tiada lagi,
Kerna hilangnya si penerang situasi,
Pergi jauh membawa diri,
Hati ini kan tetap begini dan terus disini,
Pernah ku bayangkan jadi sebegini,
Seperti pengakhiran yang berlaku kini,
Selamat tinggal ceritera indah hari-hari,
Mulakan baru hari yang pasti,
Ingatlah...
Patah kan tumbuh hilang kan berganti....

Monday, October 29, 2012




















Andai kau ingat ini lah saatnya,
Saat dimana mata bersua muka,
Mata bertentang bibir berbicara,
Waktu dimana kau gembira bersahaja,
Wajah itu ku tatap mesra,
Menggambarkan detik itu ku dakap bersama,
Kenangan terindah dilakar cerita,
Membuat bibir tak lekang senyuman pengubat duka.

Andai kau ingat ini lah harinya,
Hari dimana engkau mengubah segalanya,
Menjadi pelakar senyuman di muka ini,
Kau hilangkan semua sakit dihati,
Wajah yang selama ini hanya muram durja,
Hilang sudah dibuang jauh,
Hanya senyuman mesra bersinar,
Itu yang membuatkan riang tak ku hindar.

Tapi,
Andai kau juga masih ingat,
Inilah detiknya, saatnya, harinya
dimana semua itu kau rentap dari pandangan,
Hilang semua hapus sudah madah gembira,
Pada waktu itu suasana gila menyapa hari,
Remuk jantung ku hatiku sakit sendiri,
Kau hilang jauh entah kemana,
Sukar ku cari walau hanya depan mata.

Andai kau ingat ini lah waktunya,
Waktu dimana tiada lagi teguran mesra,
Tiada lagi aku dalam sebutan hariannya,
Bukan lagi aku yang terlakar di dasar hati,
Kau hanya gembira disamping teman mengelilingi,
Aku bukan lagi kepentingan harimu kini,
Kerna ku tahu susahnya dirimu dengan sikap ini,
Dan....
Ingatlah, ego di hati takkan mati,
Sememangnya maaf sudah ku beri,
Tapi untuk lupakan tidak sama sekali....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...