Tuesday, August 23, 2011

aidilfitri sayangku....












Sayangku,

Tatkala bayu menghembus lembut,

Ibarat menyuarakan luahan cintaku,

Di saat mentari memancarkan sinarnya,

Mengingatkan aku pada sinaran matamu,

Pada detik itu tiada yang ku harapkan,

Selain kehadiranmu disisi.


Sayangku,

Ku ingin kau tahu,

Telah kusemaikan benih-benih cinta bersama denyut nadiku,

Ku sirami kasih sayangmu dengan air mata kerinduan yang berpanjangan,

Ku baja kemesraan dengan kesetiaan yang tiada berbelah bahagi,

Dengan satu harapan yang jitu,

Moga dirimu akan mendaji milikku untuk selama-lamanya.

Sayangku,

Berikanlah aku kekuatan,

Hulurkan padaku secebis semangat,

Agar mampu kubendung kerinduan yang sarat ini,

Sesungguhnya cinta sucimu adalah kekuatan diriku,

Menjadi pendorong untukku menikmati kehidupan melewati hari-hari mendatang


Sempena kedatangan aidilfitri yang mulia,

Kupanjatkan doa memohon ke hadrat Ilahi,

Semoga dirimu sentiasa setia pada cinta kita

Untuk selama-lamanya…


Monday, August 22, 2011

Human behavior Test!!



















Human Behavior test...
masing2 sume behave elok je...bace bku...
Psychology laa...memory laaa...learning laa...
mcm2...smpi mate pun asek nak masuk REM (Rapid Eye Movement) jee....
pape pun...wish me luck yaww!!

Sunday, August 21, 2011

VIVA














viva?? bukan kereta viva tu...
ejaan viva, tapi sebutan vaiva...
ni test gym, kite kene act as a gym instructor,
kene taw sume machine yg ade kt dlm gym tu, ape function die, muscle ape sume...
alhamdulillah seharian kat dlm gym weekend aritu berbaloi....
mmg puas la kan duk dlm tu...dah la da lame tak workout,
sekali bg peluang...hah amek kau! bapok best!! nseb bek la DOMS (Delay Onset Muscle Soreness)
ape2 pun mmg best la kan weekend kat shah alam, pg smpi ptg kelas kt gym, pstu g buke puasa, lps buka tros g pusing2 shah alam...


Wednesday, August 17, 2011

5 perkara yang lelaki suka daripada wanita









Sekiranya seseorang wanita suka mendengar pujian, suka diberitahu bahawa diri mereka disayangi atau sebagainya, bagaimana pula dengan lelaki? Apakah perkara yang lelaki suka dengan daripada mulut seorang wanita?
(1) Lelaki kebiasaannya akan berasa lebih tertekan di tempat kerja. Mungkin dalam sesetengah situasi yang melibatkan pekerjaan, mereka berasa amat kecewa terhadap hasil daripada tugasan yang telah mereka laksanakan. Jadi siapakah orang yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan kerja dengan baik? Tidak lain dan tidak bukan adalah seorang wanita.
(2) Didalam kehidupan seharian, seorang lelaki akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri mereka, keluarga, rakan dan sebagainya. Mungkin sesuatu perkara yang mereka lakukan akan berhasil dan mungkin juga tidak. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu tetapi tidak berhasil, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan perkara bijak dengan menagambil keputusan melakukannya berbanding berdiam diri? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.
(3) Lelaki pada masa kini amat menitikberatkan mengenai soal penampilan diri. Mereka berusaha untuk kelihatan segak di khalayak ramai. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka kelihatan kacak? tidak lain tidak bukan adalah wanita.
(4) Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa mereka hanya untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang memerlukan. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang berani? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.
(5) Sesuatu tugasan yang berat sering dikaitkan dengan lelaki. Ini adalah kerana tenaga seorang lelaki adalah lebih kuat berbanding daripada wanita, Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang gagah atau kuat? tidak lain tidak bukan adalah wanita.

Tuesday, August 16, 2011

Bangkit Menentang Kaku








Apa yang tegak berdiri hari ini

Tidak semesti terus teguh esok hari

Apa yang ditunggu hari ini

Takkan sama dengan yang apa dinanti

Namun…

Saban hari si pradigma membenih janji

Tapi hanya tahu untuk memungkiri

Bahkan helah kian meninggi diri

Lalu Sistem pula perlu dituruti


Walaupun begini…

Kita sendiri perlu mencari…

Mencari satu adaptasi

Untuk si gergasi yang rakus ini

Kerna…

Peristiwa hari-hari telah dikaburi

Dengan jeriji si diktator penukul besi

Kini harga diri mudah dibeli

Apatah lagi bisikan hati memakan diri

Jalan pergi diselaputi batu hati

Saban hari pemikiran semakin mati

Jiwa pula kosong… sukar untuk mengerti

Hati diratah tidak terperi

Pergi mati peraturan hari-hari!!

Pergi kau si parasit tuli!!

Jangan kau berani berdiri

Mengubah pelbagai situasi

Akhirnya tuntaskan diskriminasi…


Ini bukan fatamorgana untuk membela diri

Bahkan langkah menghapus hakir disisi

Menggalas serumpun reputasi

Menjaga kerapuhan hati

Merempuh rintangan yang bererti

Menjiwai peranan isi hati

Mengikuti janji dan saranan perjalanan ini

Mencari keterangan di saat ku berhenti…

Aku tak bisa menjadi boneka hiba setiap hari

Diarahkan kesana-sini sesuka hati

Cukup dengan apa yang terjadi

Aku tak kuasa lagi untuk turuti saja helah ini…

Tiada yang sempurna...tapi kita yang sempurnakan...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIToleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ..
.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukanKESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYAdengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

Friday, August 12, 2011

Kesayuan dihati




















Kesayuan bukannya harapan,
Juga bukan keinginan setiap insan,
Tetapi ia datang tiap kali kita keseorangan,
Pada waktu kita memerlukan teman,
Tatkala terlukanya pabila bersendirian,
Tiada penghibur penceria harian,
Hanya kesabaran menjadi pengakhiran.

Hari-hari di lalui dengan sepi,
Hanya bertemankan mimpi ngeri,
Terbayang waktu terus bersendiri,
Terus menyepi sedih menyelubungi,
Mengharapkan akan hadirnya pengubat kesayuan hati,
Melakar senyuman kekal abadi,
Kekal terpahat ke dasar sanubari....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...