Monday, December 19, 2011

Cinta


Tiada lagi cinta Tak perlukan cinta,
Atau kasih mesra hilang segalanya,
Kini ku pergi tanpa adanya cintamu,
Ku harungi segala tanpa hadirmu,
Tidak lagi seperti dulu,
Saat yang manis kini sepahit hempedu,
Kisah senyuman hati tiada terlakar lagi,
Kerna aku bukanlah untukmu,
Aku tidak layak untuk dirimu,

Kini bermulalah saat berjauhan,
Hati yang dulunya sama tidak lagi bersua,
Hanya jasad yg berjumpa tanpa apa perasaan,
Bertegur sapa tidak seceria dulu,
Senyuman dibibir seperti palsu belaka,
Seperti terpaksa untuk memujuk hati yang gundah,
Seperti menjaga luka hati yang lama,

Aku sedar bahawa semua ini berpunca dariku,
Tapi ku tak sangka akan akhirnya begini,
Tatkala aku mengharap akan belas kasihmu,
Kau pergi dariku saat ku memerlukan dirimu,
Aku sedar aku siapa,
Aku bukanlah orang itu yang mampu membimbingmu,
Aku bukanlah orang itu yang kau sayang selalu,
Aku bukanlah orang itu yang gembirakan dirimu,

Ku berserah pada takdir,
Kerna takdir yang telah menemukan kita,
Dan takdir jua yang memisahkan kita,
Kata-kata "Kalau jodoh tak kemana"
sering bermain dibibirmu,
Menjadi kata penguat memujuk hatiku,
Walau aku kau panggil sayang,
Walau aku kau kata rindu,
Namun hatimu bukan lagi padaku,
Aku bukanlah untukmu,
Carilah kamu pengganti yang lebih baik dariku......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...